Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas sembahyang fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa -apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat, maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.Kata Imam Addainuri Rahimahullah, siapa-siapa membacanya selawat ini tiap-tiap lepas sembahyang fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan sebagai wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Dan kata Imam Al-Qurtubi pula siapa membaca akan selawat ini tiap-tiap hari sebanyak 41 kali nescaya Allah Ta'ala hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasihi pula oleh orang ramai.Menurut satu riwayat berkata Syed Muhammad Haki, pengasas wirid khaujakan dia telah mengajarkan selawat ini kepada orang buta selama dua puluh lima tahun. Kemudian seorang perempuan buta telah membaca dengan sempurna sehingga 4,444 kali dalam masa lapan hari; maka dengan izin Allah terbukalah kedua matanya.
Fadhilatnya:-
* Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari setiap selepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
* Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 kali atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
* Barangsiapa membaca selawat ini 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
* Barangsiapa membaca selawat ini 4,444 kali, akan tercapai segala cita-cita dan hajat di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment