Di antara kelebihan Ramadhan itu ialah terdapat di dalamnya perintah berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam. Ayat Al Quran pertama diturunkan pada bulan ini, malam 17 Ramadhan. Terdapat satu malam yang melebihi 1000 bulan pahalanya apabila beribadah pada malam tersebut dikenali sebagai Malam Lailatul Qadar. Malam-malam Ramadhan juga diserikan dengan sembahyang Tarawih dan Tedarus Al Quran.
Ketika ditanya oleh Sayidina Ali kwh apakah pahala atau kelebihan mendirikan Sembahyang Tarawih pada setiap malam di sepanjang Bulan Ramadhan, Rasulullah SAW menjawab: "Orang-orang Mukmin yang menunaikan sembahyang Tarawih pada malam bulan Ramadhan, akan mendapat kelebihan seperti berikut:
Malam 1 Dosanya dihapuskan seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya.
Malam 2 Diampunkan dosanya, juga dosa-dosa kedua ibu bapanya, jika keduanya itu Muslim.
Malam 3 Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan, "Beramallah, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu."
Malam 4 Diberi pahala yang sama dengan pahala orang- orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.
Malam 5 Diberi pahala umpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.
Malam 6 Diberi pahala umpama orang yang bertawaf di Baitullah; batu-batu dan pasir-pasir turut memohon ampun untuknya.
Malam 7 Seperti orang yang hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa, yang membantunya mengalahkan Firaun dan Hamman.
Malam 8 Diberi Allah segala apa yang pernah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam 9 Pahala menyembah Allah baginya seperti Rasulullah SAW dan nabi-nabi menyembah Allah.
Malam 10 Dikurniakan Allah kebaikan di dunia dan Akhirat
Malam 11 Keluar dari dunia sepertimana oia dilahirkan - bersih dari segala dosa.
Malam 12 Di Hari Qiamat wajahnya bercahaya dan bersinar umpama bulan purnama.
Malam 13 Di Hari Qiamat keadaannya aman dari segala kejahatan dan keburukan.
Malam 14 Malaikat akan menjadi saksi (atas sembahyang Tarawihnya itu) di Hari Qiamat - ia dibebaskan Allah dari segala kemudaratan.
Malam 15 Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi berselawat dan meminta ampun untuknya.
Malam 16 Dituliskan baginya lepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi.
Malam 18 Malaikat berseru: "Wahai hamba Allah! Bahawasanya telah redha Allah kepadamu dan kedua ibu bapamu."
Malam 19 Diangkat darjatnya kedalam Syurga Firdaus.
Malam 20 Diberikan pahala para syuhada dan solehin.
Malam 21 Dibina untuknya istana dari nur di dalam Syurga.
Malam 22 Di Hari Qiamat, ia akan diamankan dari segala dukacita dan kerisauan.
Malam 23 Dibangunkan untuknya sebuah bandar di dalam Syurga.
Malam 24 Dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan dimakbul oleh Allah.
Malam 25 Diselamatkan dari siksa kubur.
Malam 26 Dianugerah pahala ibadah baginya selama 40 tahun.
Malam 27 Dapat melintas titian Sirat di Akhirat kelak, kelajuannya seperti kilat.
Malam 28 Diaugerah baginya 1,000 darjat di Akhirat.
Malam 29 Dikurniakan pahala 1,000 ibadah haji yang mabrur.
Malam 30 Diseru oleh Allah dengan seruan, "Wahai hamba-Ku! Makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan air Salsabil (sebatang sungai yang mengalir dalam Syurga) serta minumlah dari Telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu dan engkau adalah hamba-Ku."
Di Tingkat Mana Puasa Kita?
Puasa ada tiga tingkatan:
Puasa Umum iaitu puasa Mukmin yang 'asi atau yang masih derhaka kepada Allah SWT. Puasanya sangat mudah - tidak makan, tidak minum, dan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Tapi anggota lahirnya seperti mata, telinga, mulut, kaki, tangan tidak berpuasa sama. Manakala hatinya bersarang dengan sifat mazmumah - hasad dengki, pemarah, sombong, riyak. Puasa ini tidak dapat memilahara diri dari kejahatan nafsu dan syaitan. Rasulullah SAW bersabda; "Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga sahaja."
Puasa Khusus iaitu puasa orang soleh, berpuasa seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT, namun dia tidak berdaya menahan hatinya daripada hal-hal dunia yang halal dan harus. Anggota lahir berjaya dipuasakan termasuk berjaya memelihara hatinya daripada sifat mazmumah antaranya pemarah, sombong, riyak, ujub, takabur, gila puji, cuma hatinya masih 'ingat' kepada makanan sedap untuk berbuka, kepada isteri dan sebagainya.
Puasa Khususul Khusus iaitu puasa orang yang hatinya hampir dengan Allah. Berpuasa segala anggota lahir dan batin, bahkan hatinya turut berpuasa daripada mengingati hal-hal dunia. Hatinya sepanjang masa mengingati Allah. Ini adalah bentuk puasa para nabi, rasul dan aulia.
Bagaimana mengenali kesan baik daripada Puasa?
Kalau akhlak dan peribadi serta sifat mahmudahnya meningkat, tandanya latihan puasanya berkesan.
Kalau akhlak dan peribadinya tidak berubah atau bertambah buruk, makin bertambah sifat mazmumahnya, tandanya latihan puasanya tidak berkesan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment