Friday, June 22, 2007

Amalan Sebelum Tidur

I got this from his blog. So I thought I wanna share this with you all!!

Amalan Sebelum Tidur...

Satu masa ketika Rasullullah SAW berada di Medinah, beliau pernah bersabda kepada Imam Ali bin Abi Talip mengenai LIMA WASIAT . Sabda baginda, "Ya Ali, janganlah engkau tidur kecuali engkau kerjakan dahulu LIMA masa'alah ini iaitu:

1. Janganlah engkau tidur kecuali engkau baca Al-Quran kesemuanya.

2. Janganlah engkau tidur kecuali engkau bersedekah dahulu 4 ribu dirham .

3. Janganlah engkau tidur kecuali engkau ziarah dahulu kepada Ka'abah .

4. Janganlah engkau tidur kecuali engkau jaga dahulu tempat mu di Surga.

5. Janganlah engkau tidur kecuali engkau minta redanya musuh-musuh mu terlebih dahulu .

Ketika Saidina Ali mendengar ini, dia merasa bingung dan terpegun lalu bertanya kepada Rasulullah SAW. Dan bagaimana mengamalkan hal itu ya Rasulullah?. Maka Rasulullah pun bersabda:

1. MEMBACA AL-QURAN KESEMUANYA: Hai Ali tidakkah engkau mengetahui apabila engkau membaca "QUL HUWALLAH HU AHAD....." sebanyak 3 kali bererti engkau telah membaca Al-Quran kesemuanya.

2. BERSEDEKAH 4 RIBU DIRHAM: Hai Ali apabila engkau membaca surah AL-FATIHAH sebanyak 4 kali bererti sesungguhnya engkau telah bersedekah 4 ribu dirham.

3. ZIARAH KE KA'ABAH: Hai Ali apabila engkau sebelm tidur membaca: "LA ILLA HA ILLAH HU WAHDAHU LA SARIKALLAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHII WAYUMITU WAHUWA KULLI SHAI INQADIR" sebanyak 10 kali bererti pahalanya sama dengan ziarah Ka'abah.

4. PELIHARA TEMPAT MU DI SURGA: Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca: "LAA HAWALA WALAQUATTA ILLA BILLAH HILALIL AZIIM" sebanyak 10 kali bererti sesungguh engkau telah menjaga tempatmu di Surga.

5. MINTA REDHA KEPADA MUSUH-MUSUH: Hai Ali apabila engkau membaca: "ASTAGAFIRRULLAH ALAZIIM ALLAZI LAA ILLA HA ILLALAH HUWAL HAIYUL QAYYUM WA'ATUBU ILLAIEH" sebanyak 10 kali bererti engkau telah redhakan musuh-musuhmu.


bh jgn lupa before tdur baca dulu semua ani.. and baca doa tdur jua..!! =)

XOXO

No comments: